Tuesday, February 14, 2012

MUSLIMAH (MAULIDUR RASUL 2012)

ASSALAMMUALAIKUM! SALAM SEJAHTERA! SALAM 1 MALAYSIA wahai teman-2 ku sekalian! (wahh! tiba-2 semangat ni! hehehe). Korang sihat? hopefully sihat la ye. (Asyik-2 bagi intro sama je kan dalam tiap2 entry. ahhahaha. maklum lah. banyak keje nak buat. so, xde mase nak taip ayat bunga-2. hehehe).


Sebelum shah nak masuk major point, Shah nak citer panjang lebar sikit dalam entry kali ni. hehehe. Macam korang sume tengok tajuk entry ni kan. Pasal Maulidur Rasul. Apa yang korang tau pasal perkara dalam HARI MAULIDUR RASUL ni? Sebab apa tau. kebanyakkan daripada kita ni, hanya tau yang MAULIDUR RASUL ni adalah HARI KEBESARAN Nabi Terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Tapi tak ramai antara kita yang masih tentang sejarah mengenai kehidupan bahkan peribadi baginda. So, tanpa membuang masa, shah nak refresh sikit mengenai SEJARAH KEHIDUPAN DAN PERIBADI NABI MUHAMMAD S.A.W ini.


JANGAN MALAS NAK MEMBACA ye! JOM baca ISI-2 kat bawah ni sama-2 :)


Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.




So, agak-2 dah boleh ingat balik dah lepas refresh pasal sejarah baginda, if dah ingat balik, syukur ALHAMDULILLAH. hehehe. 


JOM KITA BACA MENGENAI SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W :)

Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi kita untuk sentiasa mengingati beliau, yang berupa selawat atau ayat Al-Quran yang dapat kita hadiahkan kepada Nabi kita itu pada setiap kali sembahyang atau setiap kali kita mengingatinya?
Apakah ada nas mengenainya?
Ada amalan menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW, setiap kali hendak berdoa, adakah ini ada dalam nas?

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).
Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.
Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.
Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.
P/S: JADI, JANGAN LUPA SENTIASA BERSELAWAT KE ATAS NABI JUNJUNGAN KITA SEMUA OK! (peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk anda semua! )

BACK TO MY MAJOR POINT!!! SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL 2012 (12 R. AWAL 1433H), 


shah terfikir untuk membuat photoshoot MUSLIMAH. Kenapa shah nak shoot muslimah jew? Kenapa shah tak masukkan model lelaki dalam photoshoot ni? sebab shah nak mempertengahkan bakat-2 talent yang bertudung. Sebab shah nampak potensi daripada kalangan mereka ni. Sayang lah if dorang ada bakat tapi tak dicungkil. JANJI KENA DENGAN TEMA la kan. huhuhu.


Shah pon terdetik lah nak pilih mana-2 talent yang bertudung, Last-2 shah dapat talent contest shah sendiri iaitu HANIE & KIKO. Disebabkan shah pernah bekerjasama dengan mereka, jadi, kerja shah pon jadi lebih mudah. mereka pon dah biasa shoot dengan shah. 


Masa nak shoot tema ni, shah pilih lokasi kat Masjid jamek. Tapi thanks to Hanie, disebabkan idea dia yang bernas, dia ajak kitorang pi shoot kat Masjid Shah Alam dan sekitar dekat dengan Wet World, Shah Alam. Dan ALHAMDULLILAH, dengan berkat idea tu, shah pon dapat lah photo-2 yang diinginkan. hehehe. (THANKS AGAIN HANIE). 


Dalam pada nak shoot pulak, macam-2 dugaan jugak la masa hari photoshoot ni. Antaranya Cuaca yang tak menentu. Kejap kejap panas terik, kejap kejap nak hujan. Kiko pulak masa nak shoot, hampir pengsan. Sebab cuaca yang terik. Dah la dorang pakai JUBAH HITAM, pakai heels 5 inch lagi. Segalanya HITAM lah. Mau tak rase panasnya. (Kesian korang. hehehe). Tapi Kiko tetap dengan attitude nya yang sangat professional, kitorang pon dapat teruskan photoshoot. Dia memang tabah and kuat orangnya. wooott woottt ^^


Lepas photoshoot ni, kitorang pon pi la makan MCD sesama (shah kalo lepas photoshoot, conform mmg cari MCD, xtau nape. then order MACCHICKEN. tapi slalu xmakan burger dia. suka bawak balik & baru makan at rumah. Pelik kan? oke abaikan. xde kene mengena. lalalala) dan borak panjang-2 sampai muntah. hahahaha.


So, tanpa membuang masa lagi, jom lah kita tengok sebahagian photo-2 mereka SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012 ini ye. Let's go!


*Candid*
(masing-2 text sape la tu. lalalala)
HANIE
KIKO
PHOTOGRAPHED & MAKE UP BY SHAH GREEN
WORDROBE BY KIKO & HANIE

So, amacam? cantik & ayu kan mereka? Kalau nak tengok Photo-2 mereka yang lain boleh lah LIKE my PAGE PHOTOGRAPHY hanya di  http://www.facebook.com/ShahGreenPhotography. JANGAN LUPA LIKE-2 PHOTO-2 MEREKA di page ni ok! :)

**LEPAS NI SHAH CADANG NAK MEMPERBANYAKKAN LAGI UNTUK BUAT PHOTOSHOOT DENGAN TALENT-2 YANG BERTUDUNG. SAPE-2 YANG BERMINAT BOLEH LAH CONTACT AND INFORM SHAH OKE!**

ITU SAJA UNTUK TATAPAN KALI INI. JUMPA LAGI. INSYAALLAH. TAKECARE ^^

****Taking & making illegal copies of this photograph without permission from the owner and the parties involved in its production are considered offensive; legal action will be taken if found guilty. This picture is copyrighted by SHAH GREEN. MODIFICATIONS OF THIS PICTURE BY ALL PARTIES (INCLUDING THE CONTESTANTS) ARE STRICTLY PROHIBITED.PLEASE MIND YOUR WORDS BEFORE CRITICISING OR COMMENTING ON THIS PHOTO.THANK YOU.

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © SHAH PHOTOGRAPHY
Blogger Theme by BloggerThemes