Wednesday, May 23, 2012

TIPS MENGATASI MIGRAIN/SAKIT KEPALA & BAHAYANYA PARACETAMOL/PANADOL

Paracetamol adalah sejenis dadah yang termasuk dalam kategori “aniline analgesics” yang dijadikan ubat penahan sakit seperti sakit kepala, deman, selsema, batuk dan sebagainya. Ada terdapat berbagai Jenama Paracetamol yang terkenal di Malaysia. Menurut pakar, pengambilan paracetamol secara berlebihan dan kerap adalah sangat membahayakan kesihatan.



Keracunan Paracetamol boleh mengakibatkan kerosakan fungsi organ di dalam tubuh manusia seperti buah pinggang, kegagalan hati, keracunan dan banyak lagi masalah yang berkaitan.
Para Pengkaji di Universiti Edinburg, United Kingdom telah menyaksikan 161 kes “pengambilan berlebihan secara berkala” di hospital dalam tempoh masa 16 tahun. Mereka mendapati bahawa pengambilan ubat paracetamol yang berlebihan boleh merosakkan hati dan dan mengakibatkan lebih banyak komplikasi.
Di dalam kes 161 yang telah mengambil ubat secara berkala dan berlebihan didapati telah mengalami masalah hati dan jantung dan memerlukan dialisis buah pinggan atau memerlukan bantuan pernafasan. Mereka juga lebih cenderung kepada kematian akibat berbagai komplikasi kesihatan.
“Mesejnya adalah sangat jelas: sekiranya anda mengambil paracetamol secara berlebihan dan tidak terkawal, anda tidak akan dapat mengawal kesakitan tetapi ianya hanya akan menambah kerosakan terhadap tubuh badan anda.”
Terdapat juga banyak kes-kes yang berlaku di seluruh dunia yang dikaitkan dengan ketagihan paracetamol sehingga menyebabkankematian di usia muda. Cegahlah sebelum parah!
Petua Mengatasi Sakit Kepala
Tips #1: Sakit kepala adalah disebabkan keadaan tidak seimbang elektron dan ion di dalam sel otak. Rawatan alternatif untuk menghilangkan kesakitan adalah dengan meminum minuman isotonic. Minum campuran air Isotonic dan air biasa dengan kadar 1:1 atau 1:2 ketika anda mengalami masalah sakit kepala.
Tips #02: Petua lain bagi membantu mengurangi sakit kepala ialah dengan merendamkan kedua belah kaki anda di dalam besen yang berisi dengan air suam. InsyaAllah ianya akan membantu mengurangkan tekanan darah di kepala anda.
Tips #03: Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.
Tips #04: Ambil tuala kecil, basahkan dengan air sejuk. Tekapkan tuala secara lembut di bahagian kepala dan belakang leher. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.
Tips #05: Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli dari mana-mana pasaraya. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatan stim.
Tips #06: Elakkan dari tidur selepas solat Asar. Sekiranya mengalama sakit kepala pada waktu ini, lakukan Petua #02. Lakukannya selama beberapa ketika sambil menikmati minuman petang. Kemudian mandi seperti biasa. InsyaAllah selepas waktu Maghrib, kesakitan akan beransur hilang sepenuhnya.
Tips #07: Kurangkan mengambil minuman yang mengandungi caffeine (i.e. Kopi, teh, minuman ringan, minuman bertenaga etc.). Pengambilan caffeine yang berlebihan yang melebihi 250mg sehari boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagaicaffeinismIanya boleh menyebabkan punca berlakunya keadaan fizikal dan mental yang kurang selesa termasuk gemuruh, gelisah, insomnia, sakit kepala dan sesak nafas.
Tips #08: Amalkan membaca Surah Al-Waqiah: Ayat 19.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِلَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ 



SEPENUHNYA COPY DARI SOURCE LAIN. HANYA SEKADAR INGIN BERKONGSI.
SELAMAT MENCUBA SEMUA :D

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © SHAH PHOTOGRAPHY
Blogger Theme by BloggerThemes