Saturday, May 5, 2012

ZARINA ANJOULIE: "JANGAN MENILAI ORANG LAIN HANYA PADA KEBURUKANNYA SAHAJA"

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua! Heyy heyy!! Alhamdulillah. Bertemu kita sekali lagi untuk entry yang baru ni. Firstly, shah nak minta maaf sebab lama tak update blog, sebab terlampau busy dengan study & photoshoot sana sini with clients. Korang semua sihat? if ada yg sakit-2, cepat-2 la makan ubat ye! :)

So, untuk entry kali ni, Shah nak update pasal tarikh keramat 28.4.2012. Shah berpeluang untuk photoshoot dengan Pelakon yang pernah popular dengan drama 'ANAK PONTIANAK' yang masih diingati oleh ramai orang sehingga kini iaitu ZARINA ANJOULIE.

Ramai orang sedia maklum yang zarina atau nama panggilannya ANJU, pernah mencetuskan beberapa kontroversi yang menggemparkan peminat-2 industri tanah air sehingga pernah melabelkan beliau sebagai MISS CONTROVERSIAL. Tapi semua cerita itu saya sangat lah tak berkenan untuk ambil tahu mengenainya. Kerana sepatutnya kisah itu adalah kisah peribadi beliau, tetapi kadang-2 bagi saya, wartawan ni saja nak korek rahsia orang lain sehingga menimbulkan banyak kontroversi sana sini. Ada yang tokok tambah cerita pon ada. Last-2, yang tanggung, si artis juga. Yang si artis, takde pon gila sangat nak publisiti, tapi si wartawan-2 ni yang over-2 nak korek rahsia buat cerita hangat nak bagi artikel dorang laku. That is really a bullshit. Im sorry.

Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Sama macam Anju, saya dan anda semua! Kita tak pernah terlepas daripada melakukan dosa & maksiat. Tapi yang buatkan saya sedikit sedih is orang-2 MELAYU sekarang lebih suka KONDEM orang dari MEMIMPIN ke arah yang lebih baik. Niat dah betul dah nak menegur, tapi caranya sentiasa salah. Sebab tu, pepatah berkata, sebelum nak mengutuk atau menasihati orang lain, makesure cermin diri sendiri tu dulu. Ada paham? Saya sedih bila terlalu ramai orang yang mencemuh Anju. Lebih saya tabik spring, dia seorang yang sangat penyabar. Dia sabar & terus bersabar mendengar tohmahan, hinaan & kritik dari orang ramai. hampir 3-4 tahun sehingga lah kontroversi yang terbaru ni yang membuatkan tahap kesabaran dia dah sampai limit. Cuba kalau korang semua kena maki hamun, apa korang rasa? Yes, even kita sebagai manusia perlu sentiasa tegur menegur bila orang lain buat silap, tapi kita tak layak JUDGE orang lain. ALLAH je yang layak ok!

Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah ada menyebut, "man satara musliman, satarallahu fid dunya wal akhirah".

"Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, Allah akan tutup aibnya di dunia dan di akhirat".

Bagi mereka yang suka membuka aib, menceritakan aib, walaupun kononnya atas alasan "minta penjelasan", "nk bertanya" dsb, maka tunggulah janji Allah. Kalau tak di dunia, nescaya di akhirat sana anda akan ditelanjangkan!


So, yang suka sangat mengutuk, mengaibkan & kondem orang lain, dan merasakan mereka sudah cukup baik sila baca ini pula,

Diriwayat oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yg tidak pernah diakukannya di dunia. Maka dia berkata kpd Allah " Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yg banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya?". Maka Allah menjawab " Semua itu kebaikan ( Pahala ) org yg mengumpat engkau tanpa engkau ketahui. Subhanallah.

So, apa yang saya cuba sampaikan ialah, SETIAP MANUSIA ADA KEBAIKANNYA DISEBALIK KEBURUKANNYA. JADI, JANGAN LAH KITA SESEKALI MENCARI KEBURUKAN ORANG LAIN. KELAK, ALLAH SENDIRI YANG AKAN MEMBUKA KEBURUKAN KITA DI DEPAN KHALAYAK RAMAI.


OK! Cukup untuk ceramah kali ini. huhu. Berbalik kepada story tadi, Masa mula-2 kenal Anju ni kat twitter la. Dia sangat lah peramah ok! Mula-2 ingat dia ni sombong sebab banyak sangat kontroversi. so, mula takut nak tegur, tapi rupanya dia memang FRIENDLY sangat! (Sebab tu orang cakap "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER" & "TAK KENAL MAKA TAK CINTA"). huhuhuhu.


So, bila dah lama-2 tweet-2, last tah camne tah terajak dia buat photoshoot. Terus dia setuju. Ya ALLAH! ko mampo?!! hahaha. time tu memang excited sangat. So, kitorang pon merancang time, date n venue untuk our 1st photoshoot. Nak tau kitorang photoshoot katne? Kat rumah family Anju kat NILAI!! huhu. Rumah dia jenis rumah macam estet tau. Besar sangat. Memang sangat meriah rumah dia. Rumah family dia macam rumah kampung tapi sangat moden. Parent Anju sangat-2 sporting lagi-2 Ibu dia. Depan rumah Anju ada restorang. Restorang dorang sangat lah unik. kalo korang pi sana, mesti korang nak pusing-2 satu kawasan restorang. seyesly cantik! banyak hijau-2 kat situ! (sebab aku suka hijau, sebab tu aku suka! hahaha)


Masa mula-2 sampai rumah, ingatkan nak shoot Anju seorang. Tapi berkat Allah, sy dapat wat photoshoot dengan adik perempuan dia sekali. Adik dia sangat lah cantik ok! huhu. Mula-2 ingatkan adik Anju ni biasa-2 je. Rupanya dia ni seorang artis juga! haha. Adik Anju ni seorang penyanyi remaja baru yang sedang mencipta nama. Nak tahu siapa? Nantikan entry seterusnya ok! hehehe. 


Photoshoot dengan Anju & adiknya memang sangat-2 happening! Dorang ni memang tak sombong langsung! Jumpa depan-2, dorang ni lagi cantik! Kulit dorang ni sangat lah licin dan halus. Apa rahsia? hehehe. Anju pon sangat friendly ok! Dia tu sangat lah kelakar orangnya. Cuma korang je xtau. Tapi i know. coz i meet her already. Sangat rindu nak jumpa dia lagi. Insyaallah, ada rezeki lagi, jumpa la kan? :D


So, cukup kali ni, Jom kita tengok salah satu photo Anju yang shah dah snap. Hope korang suka! Jangan Lupa LIKE & KOMEN photo-2 dia kat my PAGE yah http://www.facebook.com/photo.php?fbid=327111974025297&set=a.327111604025334.76587.169902373079592&type=1





CANTIK kan dia? Even dia tak pakai make up pon cantik. Suka tengok mata dia yang bersinar-2. Huhuhu.
Kalau korang nak buat photoshoot dengan shah, boleh tengok album ni, sebab tengah promotion lagi ni. Let's go! http://www.facebook.com/photo.php?fbid=325792960823865&set=a.242235119179650.58579.169902373079592&type=3
Nantikan photo-2 yang selebihnya hanya di http://www.facebook.com/ShahGreenPhotography ok! :D
Sekian saja entry shah kali ni. Mohon MAAF sekiranya ada ayat-2 shah yang kat atas ni yang menguris hati mana-2 pihak. Itu cuma pendapat & luahan hati dari pihak saya sendiri. Setiap orang melakukan kesilapan. Doakan saja untuk sesama kita semua sendiri agar menjadi orang yang lebih baik di masa depan. Itu lebih baik daripada bercakap mengenai keburukan orang lain. 

ASSALAMMUALAIKUM & JUMPA LAGI. INSYAALLAH.

P/s: Nak tahu siapa adik perempuan Anju yang shah mention at atas ni tadi, tunggggggguuuuuuuuu. hehehe. byebye ;D
































0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © SHAH PHOTOGRAPHY
Blogger Theme by BloggerThemes