Sunday, August 12, 2012

KERNA SAYA SUDAH BERHIJRAH

Assalammualaikum semua! Sihat? Syukur Alhamdulillah. Harini terbuka hati saya untuk menaip new entry setelah sekian lama saya tak update blog ni. Terlampau busy dengan practical sekarang. Baiklah! Untuk entry baru ni, saya nak bercerita mengenai penghijrahan saya sebagai seorang Mukmin yang lebih baik. Insyaallah. Aamiin :)

Seperti yang anda semua ketahui bahawa saya merupakan seorang Freelance Photographer. Pada tarikh 5 July bersamaan dengan 15 Sya'aban 1433H, Saya telah ditiupkan Allah satu Hidayah yang sangat besar impaknya kepada diri saya sendiri. Subhanallah! Allah Maha Mengetahui. Saya memang sudah lama memasang niat untuk berubah menjadi yang lebih, dan Alhamdulillah! Pada tarikh ini Allah kabulkan doa saya.

Jom tengok photo di bawah ni :)


Dah baca kan? So, sejak saya nampak photo ni, terus saya teringatkan photo-2 yang pernah saya ambil sebelum ni. Subhanallah! Tak terkira berapa banyak dosa yang saya tanggung. Sebelum ni saya macam endah tak endah je. Tapi bila dah tengok ni, hati saya terus tak tenang. Saya sentiasa munasabahkan diri dan bertanya pada diri sendiri "SAMPAI BILA NAK MACAM NI? JIKA AKU MATI DAN TAK SEMPAT DELETE SEMUA PHOTO-2 YANG MENAMPAKKAN AURAT ORANG LAIN, DOSA KU AKAN TERUS MENGALIR BAGAI TIADA HENTINYA". Subhanallah, terus jatuh airmata ku. Sejak tu saya sentiasa berdoa & memohon agar Allah kuatkan semangat & imanku untuk berubah. Yela, bukan senang kita nak berubah kan? Lagi-2 ke arah kebaikan. Hati kena Ikhlas. Nanti orang kata kita ni MUNAFIK pula.
Tapi Alhamdulillah tarikh keramat 5 July/15 Sya'aban (Nisfu Sya'aban) Telah jadi titik permulaan baru dalam sejarah hidupku. Syukur padamua Ya Allah!

Berikut adalah petikan yang saya taip kat Facebook saya:

Bismillah. Assalammualaikum & Salam sejahtera wahai saudara2 ku yg dikasihi ALLAH S.W.T.

***Sebelum apa2, saya ingin menegaskan disini bahawasanya bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa mahupon ingin berlaku riak atau menunjuk2 tentang perkara ini kpd orang ramai, tapi hanya tujuan ingin berkongsi kegembiraanku & menyampaikan berita baik tentang perubahan yg berlaku dlm hidupku.****

Macam yg kita tau, HARI INI (15 SYA'ABAN) merupakan hari pertama di mana kita diberikan buku catatan yang baru. Jadi, malam tadi sebelum buku catatan lama diangkat ke langit, saya munasabah diri & telah memohon & berdoa kpd Allah agar diberikan hidayah selepas solat maghrib dan baca yassin sbyk 3x. Lepas sahur (untuk puasa hari ini) juga aku berdoa sekali lagi. Nak tahu apa yg aku hajatkan?

1. Ampuni segala dosa2 ku kerana telah menjadi seorang jurugambar yg membelakangkan agamaku dulu. Aku fikirkan seni dulu baru agamaku.
2. Ampuni segala dosa2 ku kerana telah menangkap, menyiarkan & menyebarkan gambar2 wanita yg islam mahupun kafir yang free hair di laman2 web mahupun media cetak.
3. Ampuni segala dosa2 ku kerana telah mementingkan pujian dunia lebih drp azab akhirat.
4. Ampuni segala dosa2 ku kerana tidak menghiraukan segala amaran Engkau tentang dosa2 menangkap gambar orang2 yg tidak menutup aurat.

Inilah yg aku hajatkan. Lantas, dengan secara tiba2 rasanya, aku terus buka page SHAH PHOTOGRAPHY aku, then aku DELETE segala gambar2 wanita & lelaki yg menampakkan aurat mereka. Lepas aku delete, subhanallah!! aku benar2 terasa segala dosa2 di bahuku yg terasa berat pada mulanya, terus jadi ringan!!!

ALLAH HU AKHBAR!!!!! Allah MAHA BESAR! Allah MAHA MENDENGAR! Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku diberikan HIDAYAH untuk berubah.

Aku TIDAK MAHU LAGI menjadi seorang jurugambar yang glamor kerana gambar2 yg cantik & menjadi puji-pujian orang ramai tetapi hakikatnya gambar itu menunjukkan aurat & mengumpulkan lagi banyak dosa bila semakin ramai orang melihatnya.

Aku KINI lebih pentingkan AKHIRAT. Aku tidak mahu jadi pujian orang ramai di dunia, TAPI jadi kutukan Allah di akhirat. AKU TIDAK MAHU!

Aku KINI TIDAK MAHU LAGI MENANGKAP GAMBAR MANA-2 MODEL WANITA & LELAKI YANG MEMBUKA AURAT MEREKA. Aku HANYA ingin mahu menangkap gambar mana-2 model wanita yang BERHIJAB & lelaki yg mnutup auratnya SAHAJA. Mana2 model wanita yang FREE HAIR MASIH BOLEH SHOOT dgn saya, tapi mereka harus mengenakan TUDUNG.

Aku dah tak sanggup mengumpul dosa2 seperti ini. Dulu ye aku abaikan semua ini, tapi lepas memikirkan entah berapa berat dosa ku, aku TEKAD untuk BERHIJRAH menjadi lebih baik & ALHAMDULILLAH, ALLAH kabulkan doaku.

Aku ingin menjadi JURUGAMBAR yang memikirkan tentang AGAMAKU sebagai yang PERTAMA, kemudiannya baru fikir SENINYA.

Aku ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH buat insan2 yg terlibat kerana ALLAH telah menghantarku orang2 seperti ini untuk menegur kesilapanku agar aku bertaubat dgn segera. Terima kasih sgt kerana sentiasa mendoakan agar aku dpt menjadi org yg lebih baik. Dan kini, ALHAMDULILLAH, aku dah buat apa yg aku sepatutnya buat dari dulu.

Aku mohon ampun kepada semua pihak yg terlibat. Kisah ini hanya sekadar perkongsian HIJRAH saya. Dan saya berharap agar lebih ramai JURUGAMBAR & MODEL WANITA yg Free Hair akan berhijrah menjadi yang lebih baik. Allah itu MAHA BESAR, kita minta je, Dia takkan menolak. Saya dah dapat HIDAYAH-NYA, jadi saya berdoa agar jgn lah di tarikkan hidayah ini dari diriku.

Aku memohon kepada anda semua, janganlah ada yg mempertikaikan apa tujuan sebenar aku post semua ni & mengaibkan aku tentang perubahanku ini. Tapi apa yg aku inginkan adalah SEMANGAT & SOKONGAN anda semua! Aku tak kisah orang nak cakap apa yang baik mahupun yg buruk tentang diri aku. Sebab semua orang buat silap, Jadi kita harus cuba perbaiki diri selagi kita masih hidup dan masih ada waktu untuk bertaubat.

Saya KINI seorang JURUGAMBAR yang hanya menangkap gambar WANITA BERHIJAB & LELAKI yang tidak menunjukkan auratnya (Dari pusat ke lutut).

Sekali lagi, Mohon ampun jika ada yang terasa, Mohon anda semua doakan saya. Semoga rezeki setelah saya berhijrah ini akan jadi lebih luas & lebih baik lagi di masa depan. Paling penting lebih diberkati Allah. Insyaallah, AMIN. :)

P/S: Sama2 kita munasabah diri kita & berpesan2 tentang kebaikan sesama sendiri ye! PERCAYALAH, Nikmat Allah sangat besar! :) Page sayahttp://www.facebook.com/ShahGreenPhotography kini TIADA LAGI SEBARANG GAMBAR2 yg TIDAK MENUTUP AURAT. Semua dah buang termasuk gambar2 model tempatan mahupun antarabangsa & artis2 yg terlibat yg pernah saya shoot. SAYA TERASA SANGAT TENANG SEKARANG. TERIMA KASIH YA ALLAH!!!! SEMOGA SAYA TERUS KEKAL BEGINI SEHINGGA AKHIR HAYATKU. AMIN. DOAKAN SAYA ye~! :)

YANG BENAR: FASHION, EDITORIAL, PORTRAIT & STREET FREELANCE PHOTOGRAPHER, Shah Green from http://www.facebook.com/ShahGreenPhotography. Do LIKE & SUPPORT my PAGE ok! THANKS! :)

P/S: Kesimpulannya, semoga anda semua sudah paham dengan penghijrahan saya & menghormati saya sebagai seorang Mukmin yang mahu berubah ke arah yang lebih baik. Saya mohon agar tiada pihak yang akan mengata yang buruk-2 mengenai saya dan mempertikaikan mengapa saya berubah sekarang dan tidak dari dulu ke atau sebagainya. Itu semua urusan saya dan Allah. Jangan lah kita menilai orang lain ye. Saya berazam dalam diri untuk mencipta sejarah saya tersendiri iaitu ingin menjadi JURUFOTO ISLAMIK PERTAMA YANG MEMENTINGKAN PENUTUPAN AURAT di Malaysia. Why not kan? Insyaallah. ONE DAY SOON! Doakan saya ye! 

Sape-2 yang nak buat photoshoot boleh tengok photo ni ye:


Sejak memulakan langkah penghijrahan ni juga, saya banyak berdakwah melalui laman sosial Twitter saya iaitu https://twitter.com/ShahGreen24 (Follow saya ye). Jika dulu saya suka tweet tentang banyak perkara yang sia2. Tapi kini, saya sangat suka untuk berkongsi tweet mengenai ISLAM. Supaya ramai anak-2 muda dapat belajar ilmu baru yang mungkin kita tak tahu lagi. Begitu juga dengan diri saya. Saya pon banyak pelajari ilmu Agama sekarang. Dulu bukan tak pernah belajar, tapi sekarang telah terbuka pintu hati ni untuk belajar dengan lebih mendalam. Insyaallah. Aamiin. Semoga saya terus menjadi insan yang lebih baik. Aamiin.

PENAMPILAN BARU SAYA SEJAK SYA'ABAN YANG LALU (Insyaallah akan dikekalkan sampai bila-2. Tapi penampilan ni hanya disarungkan pada waktu-2 yang bersesuaian sahaja la kan. Takkan nak pi pasar malam or tempat2 shopping macam ni kan? Sangat tak sesuai. Beragak la sikit kan? hehehe):


Ramadhan photoshoot


Ramadhan Photoshoot


Ramadhan Photoshoot


Ramadhan Photoshoot


With my Superwoman


With my sister, Actress/Model/Entrepreneur: Zarina Anjoulie

SEMOGA SAYA TERUS KEKAL BEGINI. INSYAALLAH. DOAKAN SAYA SELAMAT DUNIA AKHIRAT YE. SEKIAN. :)





2 comments:

Siti Aniza said...

yang tudung hitam tu (bukan zarina), tu yang study klmu ek.. macam pernah nampak.. :)


bagus penghijrahan awak. :)

SHAH GREEN said...

itu kekasih hati saya. hehe. terima kasih. Alhamdulillah. :)

Post a Comment

 
 
Copyright © SHAH PHOTOGRAPHY
Blogger Theme by BloggerThemes