Sunday, January 29, 2012

KERNA TOP 3 CONTESTANT "PROJECT SG:PRODIGIOUS MODEL SEARCH- SEASON 1"-WEEK 8

ASSALAMMUALAIKUM! heyyy heyyyy!!! Entry kali ni, shah nak update tentang minggu ke-8 contest
"PROJECT SG:PRODIGIOUS MODEL SEARCH- SEASON 1".

Untuk Minggu ke-8 ini, mereka bertiga telah ditugaskan untuk melakukan photoshoot "EMOTION" di mana mereka perlu mengeluarkan emosi kesedihan. Sememangnya minggu untuk kali ni memang sangat-2 mencabar kerana mereka perlu menangis dan menghayati watak mereka untuk mendapatkan photo yang cantik. Ketiga-2 mereka pastinya dah buat yang terbaik walaupon setiap antara mereka ada kelebihan dan kelemahan masing-2.

Dan untuk minggu ini, SEORANG daripada mereka Telah disingkirkan. Siapakah beliau? Dan SIAPAKAH yang BERJAYA MENJADI FINALIS TOP 2???? Jadi, tanpa membuang masa, jom kita lihat siapakah yang berada di tangga teratas dan siapakah yang tangga tercorot di minggu ke-8 ini. ^^

........................................................................
WEEK 8


RANK 1: HANIE

komen: Untuk minggu ini, Hanie sememangnya telah membuktikan yang beliau boleh membawa pelbagai expression muka. Untuk minggu ini, hanie sememangnya telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik. photo ni benar-2 boleh menyentuh hati ramai orang dengan expression mukanya. Boleh dikatakan photo hnaie ini adalah antara photo terbaik beliau sepanjang contest ini. Syabas diucapkan sebab berjaya menjadi FINALIS TOP 2 !!! :)

.................................................................
BOTTOM 2:


RANK 2: MYRA

komen: Photo myra untuk minggu ini kurang menyengat. Kebanyakkan photo myra kelihatan seperti teragak-2 untuk mengeluarkan emosi. Itu yang membuatkan sepeti myra hilang fokus dan menghasilkan photo yang tak berapa ok. Walau apapon, Syabas juga buat myra sebab berjaya menjejak kaki ke peringkat akhir bersama hanie.


RANK 3: ADNAN

komen: Photo adnan kali ni semuanya ok. Tapi adnan masih lagi simpan-2. Emosi yang ditunjukkan tak cukup. Fokus adnan pon agak lari sama seperti myra walaupon photo-2 adnan yang lain ok. Masih lagi biasa-2. Pesembahan adnan juga ada turun naiknya dan tidak berapa konsisten. Expression adnan dalam photo ini juga agak blank.

---------------------------------------------


* Peserta yang tersingkir MINGGU ke-8 ini adalah ADNAN *

*Juri melihat potensi MYRA dalam contest ni lebih baik berbanding ADNAN walaupon KEDUA-2 nya ada turun naik dari segi persembahannya.*

**Kepada ADNAN, semoga anda berjaya di luar sana. Ingat pesan shah, anda ada paras rupa dan body yang menarik cukup untuk menjadi seorang model, so gunakan sebaik mungkin ok. Anda sememangnya boleh jadi seorang model. Anda sememangnya telah memberikan saingan yang baik. So, GOODLUCK ok!

**Kepada TOP 2!!! CONGRATS!! Tapi Ingat!!! jangan terlalu selesa dengan kedudukan anda. Satu masa anda di atas, satu masa anda di bawah. satu masa anda selamat, satu masa anda mungkin tersingkir. So, jika anda selamat minggu ini, tak bermakna anda selamat pada minggu hadapan. segalanya bergantung kepada photo-2 yang anda sendiri hasilkan. GOODLUCK UNTUK FINAL NANTI :)

JUMPA LAGI MASA PHOTOSHOOT UNTUK MINGGU YANG KE-9 (FINAL) NANTI OK!! :)

****Taking & making illegal copies of this photograph without permission from the owner and the parties involved in its production are considered offensive; legal action will be taken if found guilty. This picture is copyrighted by SHAH GREEN. MODIFICATIONS OF THIS PICTURE BY ALL PARTIES (INCLUDING THE CONTESTANTS) ARE STRICTLY PROHIBITED.PLEASE MIND YOUR WORDS BEFORE CRITICISING OR COMMENTING ON THIS PHOTO.THANK YOU.



0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © SHAH PHOTOGRAPHY
Blogger Theme by BloggerThemes