Monday, January 23, 2012

KERNA TOP 4 CONTESTANT "PROJECT SG:PRODIGIOUS MODEL SEARCH- SEASON 1"-WEEK 7

ASSALAMMUALAIKUM! heyyy heyyyy!!! Entry kali ni, shah nak update tentang minggu ke-7 contest
"PROJECT SG:PRODIGIOUS MODEL SEARCH- SEASON 1".

Untuk Minggu ke-7 ini, mereka berempat telah ditugaskan untuk melakukan photoshoot "BEHIND THE SCENE" di mana photo mereka diambil sewaktu mereka berada di belakang pentas studio. Pelbagai lagak yang berlaku sepanjang photoshoot ni. kebanyakkan photo-2 mereka diambil semasa mereka sedang ber make up, memakai pakaian, mendandan rambut dan sebagainya. Memandangkan Photoshoot "Behind the scene" ni adalah general photoshoot, jadi photo-2 mereka juga berlainan situasi walaupon ada di antara anda di luar sana merasakan photo mereka agak sama dan biasa-2 sahaja. 

Dan untuk minggu ini, SEORANG daripada mereka Telah disingkirkan. Siapakah beliau? Jadi, tanpa membuang masa, jom kita lihat siapakah yang berada di tangga teratas dan siapakah yang tangga tercorot di minggu ke-7 ini. ^^

........................................................................
WEEK 7


RANK 1: ADNAN

Komen: Excellent! photo adnan merupakan satu-2 nya photo yang walaupon sedang berdandan, tetap tidak melupakan modeling. keep it up! cuma nasihat juri, jgn terlalu posing sgt supaya photo nampak lebih natural. :)


RANK 2: MYRA

Komen: Apa yang special tentang photo ni ialah myra pose dengan memanjangkan leher. Itu yang menampakkan photo myra sangat cantik. dan expression myra sangat bagus dan kelihatan sangat relax sewaktu MUA sedang meletak make up pada kelopak mata myra. Cuma myra terlupa sedikit saja untuk memasukkan modeling dalam photo myra. kena ingat, walaupon sedang bersolak, model juga harus pandai pose. sebab orang sekeliling akan memerhatikan body language kita bukan hanya sewaktu nak shoot, tp juga sebelum shoot :)

..............................................................
BOTTOM TWO:


RANK 3: HANIE

Komen: Kebanyakkan photo hanie semuanya ok cuma nampak biasa-2. Ada yang menunjukkan ke arah modeling, ada yang tidak. Tapi hanie memang sentiasa memberikan posing walaupon sedang bersolek. dan tidak cover-2 cun langsung. itu bagus :)


RANK 4: FIQ

Komen: Photo fiq boleh dikatakan kali antara photo terbaik fiq sepanjang contest ni. Cuma kebanyakkan photo fiq, fiq terlalu berkerut muka dan terlalu cover macho sehingga tak menunjukkan photo kelihatan natural. Modeling memang sudah fiq tunjukkan, cuma fiq terlalu cover sangat. :)

..............................................................

* Peserta yang tersingkir MINGGU ke-7 ini adalah FIQ *

*Juri melihat perkembangan Fiq dalam contest ni lebih perlahan berbanding mereka yang lain walaupon tidak dinafikan fiq ada peningkatan*

**Kepada FIQ, semoga anda berjaya di luar sana. Ingat pesan shah, anda ada paras rupa dan body yang menarik cukup untuk menjadi seorang model, cuma anda masih belum cukup untuk menguasainya. Jadi jika anda ingin meneruskan minat anda dalam modeling, teruskan ok? jangan peduli apa orang cakap. just be yourself. Anda sememangnya boleh jadi seorang model. Cuma jangan terlalu kaku sangat ok. Walaupon anda seorang atlet, tapi cuba contohi mereka-2 yang atlet yg pernah keluar majalah sukan dan etc. mereka juga harus menjadi role model dan pose seperti model. Hope fiq dapat belajar dari situ ok. Anda sememangnya telah memberikan saingan yang baik. So, GOODLUCK ok!

**Kepada TOP 3!!! CONGRATS!! Tapi Ingat!!! jangan terlalu selesa dengan kedudukan anda. Satu masa anda di atas, satu masa anda di bawah. satu masa anda selamat, satu masa anda mungkin tersingkir. So, jika anda selamat minggu ini, tak bermakna anda selamat pada minggu hadapan. segalanya bergantung kepada photo-2 yang anda sendiri hasilkan. :)

SO, TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MASIH TERSELAMAT DAN GOODLUCK!!! 

JUMPA LAGI MASA PHOTOSHOOT UNTUK MINGGU YANG KE-8 NANTI OK!! :)

****Taking & making illegal copies of this photograph without permission from the owner and the parties involved in its production are considered offensive; legal action will be taken if found guilty. This picture is copyrighted by SHAH GREEN. MODIFICATIONS OF THIS PICTURE BY ALL PARTIES (INCLUDING THE CONTESTANTS) ARE STRICTLY PROHIBITED.PLEASE MIND YOUR WORDS BEFORE CRITICISING OR COMMENTING ON THIS PHOTO.THANK YOU.




0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © SHAH PHOTOGRAPHY
Blogger Theme by BloggerThemes