Sunday, January 15, 2012

KERNA TOP 6 CONTESTANT "PROJECT SG:PRODIGIOUS MODEL SEARCH- SEASON 1"-WEEK 6

ASSALAMMUALAIKUM! heyyy heyyyy!!! Entry kali ni, shah nak update tentang minggu ke-6 contest "PROJECT SG:PRODIGIOUS MODEL SEARCH- SEASON 1".

Untuk Minggu ke-6 ini, mereka berenam telah ditugaskan untuk melakukan photoshoot dengan bermain dengan kain hitam yang disediakan shah sendiri. Yang menariknya untuk minggu ke-6 ni, mereka ditugaskan untuk membuat Design dress mereka sendiri dengan menggunakan kain tersebut. Bertemakan "MAKE YOUR OWN DRESS" photoshoot, apa yang ingin disaksikan kali ini adalah samaada "mereka memakai dress tersebut, ataupon dress tersebut yang memakai mereka".

Dan untuk minggu ini, telah berlaku SATU LAGI KEJUTAN!!! Lepas satu, satu kejutan yang berlaku. hehehe. Nak tau apa lagi KEJUTANNYA?? Jadi, tanpa membuang masa, jom kita lihat siapakah yang berada di tangga teratas dan siapakah yang tangga tercorot di minggu ke-6 ini. ^^

...........................................................................
WEEK 6


RANK 1: ADNAN

komen: 1st, congrats to Adnan sebab dapat best photo dan berjaya memecah tradisi iaitu menjadi lelaki pertama yang dapat best photo setelah 5 minggu berturut-turut peserta wanita memegang best photo. Untuk photoshoot kali ni, kebanyakkan photo-2 adnan yang lain banyak yang tak menarik. Seolah-olah adnan hilang idea dan fokus. mungkin sebab terlalu menolong seperta lain. Untunglah shah dapat snap yang ni. Photo ni, mmg adnan nampak gagah seperti seorang wira nak pergi berperang. Cara adnan membuat style dress sendiri pon menarik. Cuma adnan kene relax kan muka sedikit. Jangan terlalu berkerut. Bibir pon kena bagi relax. ketajaman mata (fokus) dan cantik. Bahagian tangan yang pegang kayu tu nampak sikit kaku. Kaki pula kena berhati-2. jangan terlalu terkangkang sangat. Hope boleh buat lebih bagus dari ini.

Potensi menjadi model yang diberi oleh juri: 90%
(3 kali berada di top 3)


RANK 2: HANIE

komen: Untuk photoshoot hanie kali ni, hanie banyak memberikan pose yang sangat lain dan kebanyakkan photo hanie yang lain semuanya bagus-2. Cuma photo2 yang lain, muka hanie kebanyakkan banyak yang berkerut dan seperti orang sedang kesedihan. Mungkin sebab hanie kurang sihat masa ni. Tapi sepatutnya hanie kena tolak sakit tu ke tepi. Sebab utama photo ni dipilih adalah kerana kombinasi cara alunan dress, facial expression dan shawl yang stabil. Alunan dress tu yang menyelamatkan photo hanie dengan pose hanie yang begitu, ditambahkan lagi background yang cantik. Hanie sememangnya telah buat yang terbaik. Walaupon ada sesetangah pihak tidak menyukai shawl hanie, tapi saya sukakannya. Cuma cara alunan dan gaya nya sahaja yang tak menunjukkan keunikannya dan kecantikannya. Sebab sebelum ni, hanie pernah menggunakan cara pemakaian tudung berbentuk urban n bersanggul. Jadi untuk shoot kali ni, saya mahu hanie membuat kelainan. apa-2 pon, hanie kena lebih yakin dan jangan cepat down. Cuba tukar expression muka dan cara posing. sebab selama 6 minggu ni. Hanie hanya mendatar sahaja.Wanita yang bertudung tak semestinya posing mereka adalah sangat limited. Segalanya terletak pada diri sendiri. Saya yakin pada anda, jadi anda harus yakin pada diri sendiri, :)

Potensi menjadi model yang diberi oleh juri: 85%
(2 kali dapat best photo)


RANK 3: MYRA

komen: Untuk myra, kali ni myra seperti hilang fokus, idea dan segala magic yang myra ada dan pernah berikan pada shah sebelum ni. kebanyakkan photo2 myra untuk shoot kali ni sangat tak bagus. Mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas masa ni yang membuatkan myra hilang fokus. posing dan expression myra banyak yang ke laut. Ada yang ok, ada yang ko. nasib baik, dapat photo ni. Photo ni satu-2 nya photo yang myra pose dengan baik walaupon biasa-2 saja, expression muka yang baik dan cara dress tu di alunankan. Hopefully myra boleh lebih fokus lepas ni ok? jangan cepat terganggu dengan keadaan sekeliling.

Potensi menjadi model yang diberi oleh juri: 80%
(2 kali dapat best photo)


RANK 4: FIQ

komen: Apa yang menarik tentang photo ni, Fiq memberikan expression yang lain dari photo2 fiq yang sebelum ni. Walaupun ada setengah pihak tak suka dengan expression fiq, tp shah suka! cuma selama 6 minggu ni, Fiq masih bersahaja. masih di tahap "biasa biasa" sahaja. Fiq ada bentuk badan yang cantik, paras rupa yang kacak, sepatutnya fiq gunakan kelebihan fiq sebaik mungkin. Pose fiq dalam photo ni pon sangat menarik dan nampak berkeyakinan. Untuk minggu ni, fiq sememangnya ada peningkatan sedkit. Memang lain dari yang lain. Harapan shah, lepas ni harap fiq boleh buat lebih baik lagi. Taknak fiq asyik kat zon selesa saja. Cuba buat lain daripada yang lain ok? 

Potensi menjadi model yang diberi oleh juri: 70%
(3 kali di top 3)

------------------------------------------------------------
BOTTOM TWO:


RANK 5: WANA

komen: Background photoshoot wana kali ni, sememangnya telah memberi satu kelebihan buat wana. Apa yang menarik tentang shoot wana kali ni ialah wana pose sangat menarik. dan apa yang orang yanng lain xtau selain shah sendiri adalah wana memang sangat tak selesa sgt2 masa shoot ni disebabkan batu-2 kecil yang mengganggu dan juga cuaca yang agak panas. Tapi wana berjaya mengatasinya dengan baik. Cuma wana kena practise lebih dengan facial expression wana sebab kening wana boleh menunjukkan seperti wana sedang berkerut dahi jika wana xtau macam mana nak control walaupon wana rasa tak sebenarnya. so, wana kena belajar mengawal pergerakan kening supaya tak nampak seperti berkerut. Body language wana pon menarik. Dalam photo wana yang lain pon, memang kebanyakkan tak konsisten dan nampak tak selesa. expression muka wana pon ada on dan ada yang off. Dalam photo ni, wana nampak seperti AN EVIL WITCH. dan itu sangat bagus. sebab wana berjaya menghidupkan watak wana. Cuma masih terlalu banyak yang tak cukup untuk keseluruhan shoot ni. 

Potensi menjadi model yang diberi oleh juri: 60%
(sekali dapat best photo)


RANK 6: QIM

komen: Untuk photoshoot kali ini, qim berjaya membawa kelainan. Walaupon kebanyakkan photo qim untuk shoot kali ni, tak berapa konsisten, banyak yang tak ok, tp untuk photo ni, qim berjaya memasukkan semua elemen yang diperlukan. Pose dan expression yang menarik dan lain dari yang lain. Cuma pesan shah, cuba lebihkan relax kat bibir tu. Dan lebih berhati-2 dengan penggunaan tangan. Dalam photo ni, qim sedikit kehilangan Leher. kalau qim mendonggak skit supaya leher tu kelihatan, pasti photo ni lebih mantap! Dan walaupon ada setengah pihak suka dengan pose qim, tapi juri yang lain tak berapa berkenan dengan pose tangan qim sehingga menutupi leher qim. Bak kata tyra banks "dont ever lose your neck, or you will leaving the building".

Potensi menjadi model yang diberi oleh juri: 58%
(sekali berada di top 3)

------------------------------------------------------------------
**KEPUTUSAN UNTUK MINGGU KE-6 INI ADALAH QIM & WANA TERSINGKIR**

Keputusan untuk MINGGU KE-6 ini sangat-2 SUSAH untuk ditentukan ranking dan siapa yang patut disingkirkan. Banyak pihak dan juri memberikan pendapat yang SANGAT BERLAINAN dari segi penyusunan ranking dan juga siapa yang patut disingkirkan. Tapi akhirnya, keputusan TELAH DIBUAT. SEGALANYA DIADILI berdasarkan prestasi mereka sepanjang photoshoot sehingga minggu ke-6 ni dan penyusunan ranking segalanya berdasarkan prestasi keseluruhan pakej siapa yang layak bergelar MODEL. Dan penghakiman bukan berdasarkan 1 photo sahaja untuk minggu ini, tapi berdasarkan photo-2 mereka yang berlebihan (photo yang lain2) dari minggu pertama sehingga minggu ke-6. Keputusan ini juga telah dipersetujui oleh beberapa pihak juri yang lain juga. Saya PASTI untuk minggu ke-7 nanti, pasti saingan akan menjadi lebih sengit. 



**Kepada QIM & WANA, semoga anda berdua berjaya di luar sana. Anda berdua sememangnya telah memberikan saingan yang baik. Walaupon ramai pihak juri professional merasakan anda berdua mempunyai potensi menjadi model yang paling rendah yang menyebabkan anda berdua tersingkir, saya pasti selepas ni, akan lebih ramai yang akan menyokong anda berdua. Dan bagi saya, anda berdua tetap dah buat yang terbaik sepanjang contest ni. so, GOODLUCK ok!



**Ingat!!! jangan terlalu selesa dengan kedudukan anda. Satu masa anda di atas, satu masa anda di bawah. satu masa anda selamat, satu masa anda mungkin tersingkir. Sebab immunity dah digugurkan. So, jika anda selamat minggu ini, tak bermakna anda selamat pada minggu hadapan. segalanya bergantung kepada photo-2 yang anda sendiri hasilkan. :)

SO, TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MASIH TERSELAMAT DAN GOODLUCK!!! 

JUMPA LAGI MASA PHOTOSHOOT UNTUK MINGGU YANG KE-7 NANTI OK!! :)

****Taking & making illegal copies of this photograph without permission from the owner and the parties involved in its production are considered offensive; legal action will be taken if found guilty. This picture is copyrighted by SHAH GREEN. MODIFICATIONS OF THIS PICTURE BY ALL PARTIES (INCLUDING THE CONTESTANTS) ARE STRICTLY PROHIBITED.PLEASE MIND YOUR WORDS BEFORE CRITICISING OR COMMENTING ON THIS PHOTO.THANK YOU.









0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © SHAH PHOTOGRAPHY
Blogger Theme by BloggerThemes